Kempen Kesedaran Kebersihan Komuniti Peniaga Pasar Lebuh Campbell & Premis Makanan

Kebersihan persekitaran merupakan sesuatu yang amat penting dalam kehidupan seharian kita. Sesungguhnya tidak ada sesiapapun yang suka kepada keadaan sekeliling atau persekitaran yang kotor dan tidak sihat.
Image
Saya percaya bahawa kita sejak dari kecil lagi telah dididik supaya sentiasa mengamal serta menjaga kebersihan selaras dengan budaya masyarakat kita, menjadikannya amalan dalam kehidupan seharian kita.
Image
Kebersihan membawa kesempurnaan hidup kepada semua orang. Kalau keadaan di sekeliling kita bersih, kita lebih terpelihara dari berbagai jenis penyakit yang dibawa oleh serangga, vermin & pest seperti Denggi, Penyakit Leptospirosis atau Kencing Tikus, Tifoid, Taun dan lain-lain.

Keadaan tempat berniaga yang bersih dapat menarik lebih ramai pelanggan dan memperolehi pendapatan yang lebih.

Tanggungjawab menjaga kebersihan selalunya dianggap sebagai tugas pihak berkuasa. Pandangan ini adalah salah. Tidak ada pihak berkuasa di dunia ini yang berupaya dan mampu membersihkan persekitaran jika publik mengotorkannya sepanjang masa.

Benarnya perkara ini dapat dilihat apabila orang ramai berkumpul di satu-satu tempat, di pasar-pasar & tapak-tapak penjaja umpamanya. Sampah yang dibuang akan menjadikan persekitarannya umpama laman sampah setiapkali selepas waktu perniagaan.

Kempen ini adalah kempen kesedaran.

Image

Melalui kempen ini semua pihak hendaklah menjadikan kebersihan persekitaran sebagai tanggungjawab sepanjang masa di samping usaha pihak Majlis yang memberi perkhidmatan pembersihan serta mengatur dan serta mewujudkan kaedah-kaedah seperti 4R (recycle,reused, reduced, refresh) & Projek Pengkomposan Sisa Makanan yang dapat membantu mengurangkan pencemaran persekitaran kita.

Harapan saya ialah agar kempen ini yang bertemakan ‘PERSEKITARAN BERSIH KOMUNITI SIHAT’ akan mencapai matlamat bagi memupuk kesedaran tentang nilai kebersihan serta keperluan mewujudkan satu environment yang bersih, sihat dan menanam perasaan tanggungjawab awam yang baru di kalangan semua lapisan komuniti.

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a comment